Ain Cloudnine
★
click on the dropdown menu to navigate through this blog
My Journal & Diaries
About Ain_cloud9
Scream Box
Links and Contacts
pesan emak untuk ain.
03 April 2012 ★ 7:17 PM │
(4) angels
masa ain umur 6 tahun emak ain selalu pesan hidup mesti kena gembira.. sebab, hidup ini cuma sekali dan hidup ini hanya sementara. jadi, kita kenalah menjalani sebaiknya. emak tanya apa yang nak sangat ain buat? ain jawab, ain nak terbang nak selamatkan orang! emak terkejut. lalu, ain cakap lagi sambil tarik tarik baju emak. emak.. ain nak terbang dan selamatkan orang...
emak tunduk.. tengok mata ain dalam dalam.. emak kata.. emak bukan orang berada.. tambah pula ayah sudah tiada.. tak mungkin boleh naiki kapal terbang atau belon udara..
jadi.. emak hanya ada satu cara..
maka.. ain terbang tinggi di awangan.. bebas di langit yang biru.. dekat atas sana ain ketawa ketawa..
ain punya kucing kesayangan namanya, Oyen. ain bawak kucing kesayangannya bersama. Oyen kelihatan takut, jadi dia berpaut pada ain. ain kata, Ain kan hero! saat ain terbang di angkasa, ain kehilangan sebelah seliparnya.. selipar pemberian siapa ya? hah! baru ain ingat. selipar tu ain beli sendiri.
malam tu, emak bertanya pada ain apa yang ain pelajari semasa terbang petang tadi?
ain geleng geleng. maksudnya ain tak tahu lah tu. yang ain tahu, cita cita nak terbang dan menyelamat telah tercapai! walaupun selamatkan oyen daripada terjatuh je..
kemudiannya, emak bersuara lagi.. ain, dalam semua tindakan kita, pasti ada pengajarannya.. macam ain tadi.. bila ain terbang, ain berpaut pada semua belon.. kalau cuma pada satu belon, tak mungkin ain dapat terbang kan? kat situ kita kena ingat.. kalau kita sorang sorang, tak buat sesuatu sama sama,apa yang kita buat mesti ada yang tak kena malah ada yang tak jadi.. tapi kalau sama sama, insyaALLAH ain pasti boleh.
ain angguk angguk tanda faham.
tengok tak muka Oyen tadi? dia takut. sangat takut. sebab tu dia berpaut pada ain. cuba kalau ain lepaskan dia, mesti dia jatuh kan? jadi kita kena ingat, ada diantara keluarga atau kawan kawan yang berpaut mengharapkan kita.. jadi, kita kena sentiasa ada di sisi mereka dan bantu mereka. boleh ain?
ain mengangguk lagi.
dan emak nak pesan lagi kat ain.. nak capai cita cita tu bukan senang.. mesti ada halangan dan pengorbanan yang kita kena buat. emak menunjuk ke dada ain dan berkata, semangat di sini harus kuat. ain boleh aje menangis semahu mahunya kalau suatu hari nanti cita cita ain terhalang.. tapi ingat jangan putus asa. semangat harus kuat!
tadi masa ain terbang, ain ada hilang apa apa tak?
selipar! ain jawab.
emak senyum. jadi, ain faham kan? setiap kejayaan takkan datang bergolek.. ain.. janganlah berhenti berusaha.. untuk capai cita cita ain.
ain.. ingat pesan emak ni sampai bila bila..
sincerely..
Ain
kita makin jauh kan..
17 March 2012 ★ 11:50 AM │
(0) angels
Assalamualaikum.
bangun pagi. selak langsir. wahhh. subur tadi sangat sejuk. terasa macam bila bercakap mulut keluar wap. okayh. tipu.
hari ni aku apa khabar?
tidakk! jangan tanya apa yang aku rasa sekarang ni. kerana pastinya aku akan bagi jawapan palsu.
awak.
hai awak. awak tahu tak bangun pagi lagi saya titipkan doa untuk awak.
semoga ini adalah yang terbaik untuk kita.
mungkin selama ni saya tak pernah faham awak.
saya kan pentingkan diri sendiri. biarkan saya sedih sendiri lagi ye awak?
awak.
malam tadi saya tunggu awak.
macam biasa. kat tempat biasa.
saya cuma mahu membuktikan yang saya seorang yang setia.
sayangnyaa. awak tak ada
tapi takpe. saya tetap tunggu awak walau perit macam mana sekalipun. kerana..
kerana saya tak mahu awak kecewa..
awak.
kita sebenarnya sangat dekat bukan..
tapi kenapa saya rasa kita macam jauh?
ya. jauh sangat.
mungkin saya salah orang.
awak bukan awak yang dulu lagi.
jadi untuk apa saya berdiri lagi di sini?
bila saya pergi nanti awak jaga diri..
saya yakin awak boleh berdikari!
awak dah buktikan. awak boleh berdiri tanpa saya sekali..
awak.
semalam saya sedih. ingatkan nak kongsi sama.
tapi, saya rasa macam menganggu awak. saya pun cakap saya gembira.
maaf kerana berdusta.
semuanya bukan sengaja...
awak. semoga gembira di sana..
sincerely
Ain
mungkin, kita selalu lupa.
14 March 2012 ★ 1:07 PM │
(3) angels
Assalamualaikum.
mungkin kita selalu lupa hati letaknya di mana..
selalu kita terlupa terkadang kita kerap memendam rasa..
selalu sangat.. kita keliru dengan perasaan kita..
teramat selalu.. kita tak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada..
dan.. selalu gila kita rasa kitalahhhhh yang terpaling betul.. padahal.. kitalah sebenarnya yang salah..
wait!!
"kita" ke "aku" ?
sebab semua ni macam perangai aku je.. but, line yang awal awal bukan aku kot...
ohyaa.
kau tahukan yang kau selalu ada dalam hati aku..
*tunjuk ke dada
walaupun aku macam tak endah kasar segala.. tapi kau lupakah..
macam mana sekalipun.. aku tetap nak sentiasa ada dengan kau..
susah? aku tak kira! nak jugak sama-sama!
senang? seronoknya kita bahagia..
maaf juga. maaf selalunya akulah yang ego tak pernah faham atau mungkin sekali tak pernah mahu dengarkan apa yang kau nak jelaskan atau apa..
atau mungkin aku terlupa untuk memahami hati kau yang juga terluka..
kerana aku sedar.. kadangnya.. aku ni terlalu menyakitkan juga
terlalu ego mengakui kesalahan diri semua..
meninggi suara tanpa sedar..
sungguh!
sungguh aku tak pernah terselit niat dalam hati ni..
depan depan kau tengok aku senyum..
senyum lagi... dan lagi.. macam tak ada apa yang terjadi bukan..
sebabnya aku suka lihat kau senyum kembali..
sebabnya lagi.. bila aku senyum aku rasa aku lawa..kononnya!
jumpa orang sana sini..
aku senyum lagi. orang tanya.. awak ni happy je.. tak pernah ada masalah ke?
aku diam lagi.
aduhai mak cik yang bertanya..
perlu ke aku kabar satu dunia.. yang aku terluka?
ehhhh. nowayy! time bila aku terluka..
sebabnya.. aku bagitahu pada diri sendiri.. selagi kau sayangkan aku.. tak ada siapa boleh lukakan aku..
lepastu.. pergi mana mana.. senyum lagi.. lagi.. dan lagi..
jap! kau rasa aku selamanya ke macam tuh? onggilo je cmtuh..senyum tiap masa.. aku tanak jadik onggilo lagi.. aku masih waras. *kenyit kenyit mata.
yang dekat dengan aku selalu nampak mata aku merah..
ehhh. kenapa tuh? masuk habuk ke?
hahah. stop it! im serius lah! *tunduk lantai. main habuk.
hati aku serupa tisu. mudah koyak. eeeeee teruknya! tapi, nak buat macam mana.. aku sendiri pun tak pandai nak tukar hati aku jadi besi...
bila ditanya lagi.. kenapa mata merah tu?
jawab lagi sambil gelak gelak..
hah! kau tahu ke hati aku terluka tahap mana?
takkan. kau tak pernah mahu tahu dan aku tak lagi mengharap macam dulu.
haha. tak pe. kan aku kata. im a wonder girl!
jadi.. kalau aku merajuk macam mana sekalipun.. jangan pujuk aku tau.
sebabnyaa.. nanti lama lama aku okayh lah sendiri..
*senyum lagi sambil goyang goyang kaki.
mugkin juga kau menjadi bosan dengan aku..
kawan kata.. siapalah yang tahan dengan perangani kau serupa billow (ombak)
tolongg aku. tolong. jangan berhenti kenal dengan aku.
okayhlah. terima kasih.
ye. terima kasih. kerana apa? kerana sudi baca luahan ini hingga ke titik akhir.
apa yang kau dapat?
hati.
ya. tepat sekali. aku memang suka bermain dengan hati. saat ini tidak ada apa apa yang dirancang lagi..
cukup dulu aku berharap..
sekarang tidak lagi..
sebab aku jatuh kasihan dengan hati aku yang selalu sangat dimungkiri..
ehhh. itu kisah dulu.
tak payah lah kau ingat lagi..and aku pun dah lupakan dah.. percaya tak?
percayalahh.. plissssss.
dah lama dah aku tanam gali dalam tanah belakang rumah..
simpan baik baik kat bawah sana.. supaya nanti.. tak ada siapa yang berani rosakkan kenangan kita..
sebabnya.. aku sayangkan kenangan kita..
kau tak sayang? takpe. mungkin ia tak pernah menjadi sesuatu yang berharga..
semoga nanti ada yang sudi menjadi tisu yang sudi menghapus semua air mata..
haha. seram tak?
sincerely
Ain
doa aku.
13 March 2012 ★ 12:36 PM │
(1) angels
ya ALLAH ....
aku ingin berjaya bukanlah aku ingin takbur kepada mu..
tetapi aku hanya ingin membuktikan kebesaranMu bahawa..
Kau selalu bersama orang yang berusaha, bersabar dan bertawakkal..
ya ALLAH..
jika bukan Kau yang berikan ketabahan pada diri..
mungkin aku akan jauh dari Mu..
dalam kemiskinan perasaan duniawi..
Kau telah hidupkan aku dengan kasih sayang..
ketenangan..
keharmonian..
sesuatu yang indah yang tidak mampu aku ungkapkan..
sesungguhnyaaa..
aku tamak ya ALLAH..
kerana terus bermohon padaMu agar Kau kekal memberikan nikmat..
hanya padaMu aku mengadu..
aku ingin membahagiakan ibuku..guru-guru, teman- teman dan umat islam..
atas kejayaanku..
ya ALLAH.. ya TUHANKU..
perkenankanlah hajatku...
sincerely..
Ain
wordless wednesday
15 February 2012 ★ 2:25 PM │
(5) angels
OLDER POST
|
About Ain
meet the big beauty boss
I am Ain Cloudnine . I'm SweetEighteen this July 2012 . Just an ordinary girl which is really want to create a magical... I want to be a doctor.. and I am a future doctor..hope it will be come true :) Insyaallah❤ and of coarse i love shopping, cats, my life and the one in it❤ hikhok
Tagboard
leave your message here and i'll pay you a visit later
Ain's Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land
Tara Asrar
Nor Fazirra
My Pasts
pesan emak untuk ain.
kita makin jauh kan..
mungkin, kita selalu lupa.
doa aku.
wordless wednesday
i asked and HE gave me..
this is my own reflection.
memang kau tak pernah sedar kan..
apa yang aku rasa hari ni.
maka. tanggungjawab suami memang BERAT.
Facebook
nurul ainnie
Blogskin
nurul ain
Layout (c)
sweet.m!sery
Re-edited by
Tarar Asrar
Icons from
reviviscent
Resources:
sea
shells