Ain Cloudnine
★
click on the dropdown menu to navigate through this blog
My Journal & Diaries
About Ain_cloud9
Scream Box
Links and Contacts
pesan emak untuk ain.
03 April 2012 ★ 7:17 PM │
(4) angels
masa ain umur 6 tahun emak ain selalu pesan hidup mesti kena gembira.. sebab, hidup ini cuma sekali dan hidup ini hanya sementara. jadi, kita kenalah menjalani sebaiknya. emak tanya apa yang nak sangat ain buat? ain jawab, ain nak terbang nak selamatkan orang! emak terkejut. lalu, ain cakap lagi sambil tarik tarik baju emak. emak.. ain nak terbang dan selamatkan orang...
emak tunduk.. tengok mata ain dalam dalam.. emak kata.. emak bukan orang berada.. tambah pula ayah sudah tiada.. tak mungkin boleh naiki kapal terbang atau belon udara..
jadi.. emak hanya ada satu cara..
maka.. ain terbang tinggi di awangan.. bebas di langit yang biru.. dekat atas sana ain ketawa ketawa..
ain punya kucing kesayangan namanya, Oyen. ain bawak kucing kesayangannya bersama. Oyen kelihatan takut, jadi dia berpaut pada ain. ain kata, Ain kan hero! saat ain terbang di angkasa, ain kehilangan sebelah seliparnya.. selipar pemberian siapa ya? hah! baru ain ingat. selipar tu ain beli sendiri.
malam tu, emak bertanya pada ain apa yang ain pelajari semasa terbang petang tadi?
ain geleng geleng. maksudnya ain tak tahu lah tu. yang ain tahu, cita cita nak terbang dan menyelamat telah tercapai! walaupun selamatkan oyen daripada terjatuh je..
kemudiannya, emak bersuara lagi.. ain, dalam semua tindakan kita, pasti ada pengajarannya.. macam ain tadi.. bila ain terbang, ain berpaut pada semua belon.. kalau cuma pada satu belon, tak mungkin ain dapat terbang kan? kat situ kita kena ingat.. kalau kita sorang sorang, tak buat sesuatu sama sama,apa yang kita buat mesti ada yang tak kena malah ada yang tak jadi.. tapi kalau sama sama, insyaALLAH ain pasti boleh.
ain angguk angguk tanda faham.
tengok tak muka Oyen tadi? dia takut. sangat takut. sebab tu dia berpaut pada ain. cuba kalau ain lepaskan dia, mesti dia jatuh kan? jadi kita kena ingat, ada diantara keluarga atau kawan kawan yang berpaut mengharapkan kita.. jadi, kita kena sentiasa ada di sisi mereka dan bantu mereka. boleh ain?
ain mengangguk lagi.
dan emak nak pesan lagi kat ain.. nak capai cita cita tu bukan senang.. mesti ada halangan dan pengorbanan yang kita kena buat. emak menunjuk ke dada ain dan berkata, semangat di sini harus kuat. ain boleh aje menangis semahu mahunya kalau suatu hari nanti cita cita ain terhalang.. tapi ingat jangan putus asa. semangat harus kuat!
tadi masa ain terbang, ain ada hilang apa apa tak?
selipar! ain jawab.
emak senyum. jadi, ain faham kan? setiap kejayaan takkan datang bergolek.. ain.. janganlah berhenti berusaha.. untuk capai cita cita ain.
ain.. ingat pesan emak ni sampai bila bila..
sincerely..
Ain
OLDER POST
|
About Ain
meet the big beauty boss
I am Ain Cloudnine . I'm SweetEighteen this July 2012 . Just an ordinary girl which is really want to create a magical... I want to be a doctor.. and I am a future doctor..hope it will be come true :) Insyaallah❤ and of coarse i love shopping, cats, my life and the one in it❤ hikhok
Tagboard
leave your message here and i'll pay you a visit later
Ain's Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land
Tara Asrar
Nor Fazirra
My Pasts
kita makin jauh kan..
mungkin, kita selalu lupa.
doa aku.
wordless wednesday
i asked and HE gave me..
this is my own reflection.
memang kau tak pernah sedar kan..
apa yang aku rasa hari ni.
maka. tanggungjawab suami memang BERAT.
cermin is mirror and mirror is cermin
Facebook
nurul ainnie
Blogskin
nurul ain
Layout (c)
sweet.m!sery
Re-edited by
Tarar Asrar
Icons from
reviviscent
Resources:
sea
shells