Ain Cloudnine
★
click on the dropdown menu to navigate through this blog
My Journal & Diaries
About Ain_cloud9
Scream Box
Links and Contacts
apa beza kau dengan aku?
04 December 2011 ★ 9:35 PM │
(6) angels
Assalamualaikum..
just because aku kasar.. aku tegas.. aku sinis.. aku straight to the point..kau kata aku tiada kesopanan..tiada adat..tidak lembut seperti bagaimana sifat perempuan seharusnya..kau membandingkan diri aku yang biadap ini dengan diri kau yang sopan.. yang baik.. yang tidak perasan bagus.. tidak gedik.. tidak bermegah segala..
kau tahu.. dalam kekasaran aku yang kau benci.. tidak pernah sekali aku berbicara tentang keburukan engkau.. apatah lagi menceritakan sesuatu yang engkau tidak suka.. dan..
dalam lembut kau.. dalam kesopanan kau yang sangat engkau banggakan.. menceritakan tentang keburukan aku seolah-olah menjadi sesuatu yang mulia.. aku tanya kau.. apakah perbezaan kau dengan aku yang kau kata perasan bagus ni?
untuk menyakitkan hati aku.. dengan sinis kau melontarkan kata depan aku.. buat apa muka lawa tapi perangai macam beruk.. lihatlah.. kesopanan engkau.. membandingkan manusia berakal dengan beruk.. aku tanya kau.. apa beza aku dengan kau? adakah itu kesopanan engkau? kau kata.. baik muka buruk tapi perangai baik.. aku selalau tertanya-tanya.. apakah tujuan engkau berbicara seperti itu? tidak pernah sekali aku merasakan diri terlalu cantik atau hodoh.. cukup..aku bersyukur dengan apa yang aku ada.. selagi tuhan tidak menarik nikmat aku melihat..bernafas..berjalan..dan nikmat-nikmat lain..
dan.. sekiranya bagi kau, aku ini cantik.. tidak sekali aku menghina orang yang hodoh..
sekiranya bagi kau, aku ini hodoh.. tidak sekali aku membenci orang yang cantik..
seburuk buruk aku pada pandangan kau..
tidak sekali aku mengeluarkan perkataan seperti itu..takut aku melukakan kau..
sesopan sopan kau.. sebaik baik kau.. kau telah mengeluarkan perkataan yang melukakan aku.. menyakitkan aku.. aku tanya kau.. apa beza kau dengan aku..
dan.. kau lelaki.. kau meninggikan suara berkata tentang sesuatu yang sudah pasti melukakan aku..
kau mengatakan aku membosankan.. aku.. tidak pantas untuk berdiri sama tinggi dengan engkau..
sehingga kau buat aku terasa seperti rendah diri sekali..
kau berpuas hati dengan tindakan kau..
kau perlekehkan aku yang datang daripada keluarga yang sederhana..
kau memandang aku sebagai seorang yang lemah..
kau tahu.. bila aku lapar.aku makan.
bila kau lapar..kau makan. jadi, sila nyatakan. apa beza kau dengan aku?
kau membenci setiap tindakan aku..kau terlalu kerap membuat contoh bahawa tindakan kau harus aku contohi..
aku terlalu mahu sekali kau tahu.. aku tidak pernah menghitung silap kau..
tapi.. sebaik baik peribadi kau.. kau tidak terlepas menghitung..mencari silapku..
jadi. apa beza kau dengan aku..
sampai suatu saat. aku akan mati. dan kau juga akan mati. jadi, apa beza kau dengan aku?
kau selalu mengatakan. jauh bezanya kau dengan aku.
aku sekadar mahu tahu. maksudnya apa?
kau bukan tuhan. kau sama sahaja seperti manusia lain.
kau sendiri tiada beza dengan mereka.
sincerely.
Ain
|
NEWER POST
About Ain
meet the big beauty boss
I am Ain Cloudnine . I'm SweetEighteen this July 2012 . Just an ordinary girl which is really want to create a magical... I want to be a doctor.. and I am a future doctor..hope it will be come true :) Insyaallah❤ and of coarse i love shopping, cats, my life and the one in it❤ hikhok
Tagboard
leave your message here and i'll pay you a visit later
Ain's Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land
Tara Asrar
Nor Fazirra
My Pasts
Facebook
nurul ainnie
Blogskin
nurul ain
Layout (c)
sweet.m!sery
Re-edited by
Tarar Asrar
Icons from
reviviscent
Resources:
sea
shells