Ain Cloudnine
★
click on the dropdown menu to navigate through this blog
My Journal & Diaries
About Ain_cloud9
Scream Box
Links and Contacts
apa yang aku rasa hari ni.
28 January 2012 ★ 4:00 PM │
(4) angels
Assalamualaikum.
Hari ni, tak ada apa apa yang istimewa.. masa tetap berlalu tanpa menunggu aku walau sedetik lebih..
sama sahaja seperti semalam.. tiada apa apa perbezaan yang boleh di spesifikasikan..
menunggu waktu berlari anak..menuju jam enam petang.. keadaan yang sunyi membuatkan semakin jelas di pendegaran aku.. tik tok tik tok tik tok...
hummmm. *tenung lantai.
aku berjalan menuju ke tepi tingkap.. langsir terbuai buai lembut dipukul angin..
cuaca hari ini indah..
tak panas... redup sahaja..
sama sekali tidak menunjukkan yang titisan hujan akan jatuh..
sekadar.. tenang sahaja hari ni..
setiap langkah perlahan aku ditiup anak anak angin yang membelai lembut bahu aku..
serasa seolah aku dimanjakan..
hari ni.. perjalanan hari aku.. aku hayati sepenuh hati..
aku berjalan perlahan seperti seorang perempuan yang baru diputuskan cintanya tanpa rela..
yang menguis nguis pasir tepi pantai dengan ibu jari kaki..
aku teruskan sahaja lamunan aku..
disebalik kekalutan manusia manusia di kiri kananku..
tertunduk aku menyelami setiap di antara mereka..
sekadar malas hendak bertentang mata dengan sesiapa..
ehh aku sedihkah?
jawapannya tak. aku cuma kehilangan. takpe.bukankah mereka kata pasrah itu menyerah. redha itu ikhlas.
so, aku yang mana?
entah. aku tak pasti *kebingungan
setibanya di taman tadi.. lantas aku menuju ke buai..
membiarkan diri aku terbuai buai..
laju dibantu oleh angin yang melibas libas pipi aku..
senyum senyum sendiri..
untuk apa aku berasa sepi..
sedih hanya aku yang merasa.. kehilangan hanya aku yang menanggung.. fikiran aku melayang lagi..
pergi ke mana barangkali aku pun tak tahu..
yang aku ingat, di mindaku hanya ada sepotong ayat ini..
aku mahu kau yang dulu..
entah kenapa.. hati menjadi terlalu hambar..
aku bangun setelah bosan membiarkan diri terbuai tanpa hala..
aku bangun.. bersama seorang yang aku tak kenali..
senyum sahaja.. selepas itu pergi..
semua disekililing bergerak pantas..
aku redha.. dan duduk diam membatu diri lagi..
aku menongkat dahi.. melihat awan..
berbisik dalam hati..
ah. sungguh indah ciptaan tuhan.
tiba tiba
perut terasa kontang.. minta diisi..
di satu penjuru aku terpandang satu gerai kecil..
lama sekali aku tak singgah..
laksa dia sedap tau..
baunya sahaja sudah menyengat..
rasanya macam ingin melihat..
hasilnya.. tiga bungkus aku belasah untuk makan sendiri..
kemudian.. aku hayunkan kaki.. melangkah menuju ke rumah selepas penat melayan fikiran..
jalan yang sepatutnya aku lalu aku elak..
sengaja aku cari jalan jauh..
nak kata aku mengada?
ah sudah.. kau apa tahu.
angin bertiup lagi.
tudung yang aku pakai untuk menutup rambut dari tatapan mereka terherot herot mengikut arah angin..
dan kadang kadang hampir menutup muka..
tak penat penat aku alih berkali kali..
selepas itu..
aku terlihat anak kecil berpakaian lengkap uniform pengawas sekolah..
teringatkan zaman sekolah aku.
aku rindu.
kemudian lagi.. aku terserempak dengan seorang perempuan tua berwajah lembut sedang bergurau dengan seorang anak kecil..
cucu barangkali..
persis seperti nenek..
wajahnya yang sering tersenyum sentiasa membuat diri ini merindui nenek..
teringatkan waktu kecilku di asuh nenek dengan penuh kasih sayang..
semoga nenek tenang di sana.. seperti selalu..
see. kan aku dah kata. cerita hari ni tak ada yang istimewa.
segala isinya juga tidak sempurna..
semuanya hanya ayat bunga bunga yang menjadi kiasan yang aku mahu seseoarang itu kembali menjadi yang lama..
dah habis.
bye
sincerely
Ain
OLDER POST
|
NEWER POST
About Ain
meet the big beauty boss
I am Ain Cloudnine . I'm SweetEighteen this July 2012 . Just an ordinary girl which is really want to create a magical... I want to be a doctor.. and I am a future doctor..hope it will be come true :) Insyaallah❤ and of coarse i love shopping, cats, my life and the one in it❤ hikhok
Tagboard
leave your message here and i'll pay you a visit later
Ain's Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land
Tara Asrar
Nor Fazirra
My Pasts
maka. tanggungjawab suami memang BERAT.
cermin is mirror and mirror is cermin
kisah hidup yang "whatseverrr" part two.
wordless wednesday.
kisah hidup yang "whatseverrr"
i wonder on my daydreaming
Bila orang menangis pasal kau buat salah, pernah k...
random :)
apa- apa pun, lets move on!!
bawang lah merah..
Facebook
nurul ainnie
Blogskin
nurul ain
Layout (c)
sweet.m!sery
Re-edited by
Tarar Asrar
Icons from
reviviscent
Resources:
sea
shells